Jerebu, apa yang perlu anda tahu?

Apa itu Jerebu?

Jerebu adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh partikel atau zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepadatan yang tinggi. Zarah halus ini akan disedut masuk ke dalam sistem pernafasan manusia bergantung kepada kadar pernafasan seseorang.


Kesan kesihatan akibat Jerebu

1) Jangkitan saluran pernafasan
2) Radang paru-paru
3) Asma
4) Sakit tekak
5) Sakit mata
6) Batuk
7) Selsema

SEGERA DAPATKAN RAWATAN di klinik atau hospital berdekatan sekiranya anda sakit akibat jerebu


Kumpulan Berisiko Tinggi

1) Bayi & kanak-kanak
2) Orang-orang tua
3) Pesakit jantung dan paru-paru
4) Perokok
5) Pekerja yang terdedah kepada udara luar

Panduan Indeks Pencemaran Udara (IPU)

IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :
Nilai IPU Status
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya
Melebihi 500 Darurat


Tindakan semasa fenomena Jerebu

Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah

Sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor). Jika terpaksa berada di luar, dinasihatkan menggunakan penutup hidung & mulut (mask) jenis 3-ply

Pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih. Kurangkan sumber pencemaran dalam seperti asap rokok.

Apabila memandu, gunakan penghawa dingin. Pilih operasi(mode) kitaran udara dalaman.

Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya 8 gelas atau 2liter sehari.

Basuh tangan dan muka dengan sabun & air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.



Jenis-Jenis Topeng (Mask) & Cara Pemakaian yang betul semasa Jerebu



0 comments:

Post a Comment