About Me

Kepada para pengunjung blog "Healthy Me-Happy Me" (HM2), loyal customers HMmahupun bakal-bakal customers HMJ

Untuk yang belum mengenali diri saya...
Nama panggilan saya Awien, berusia 35tahun dan sudah berumahtangga. Berasal dari Johor dan sekarang menetap di Selangor. Alhamdulillah saya dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dari aspek harta benda, tapi kaya dengan kasih sayang.

Saya anak kedua dari 4 adik-beradik (ye saya Kak Ngah! hehe). My siblings a.k.a 'pioneer childhood friends' - Kak Long, Ed & Adik. Zaman kecik2 kami penuh dengan kenangan suka, duka, gelak ketawa, main2, gaduh2, majuk2, pujuk2...tak lama pastu baik semula (haha...kids). Alhamdulillah...syukur yang tak terhingga kerana saya dianugerahkan Mak dan Ayah yang sentiasa memberi sokongan, kasih sayang yang tak berbelah bagi, bimbingan, dorongan, panduan, serta nasihat dalam mengemudi kehidupan (love you both - mak ayah!). 

Alhamdulillah juga saya telah ditemukan dengan suami yang penyayang, memahami & sangat supportive, dianugerahkan anak lelaki yang sihat, sempurna sifat & aktif, dan insyaAllah kami bakal dikurniakan cahayamata kedua tidak lama lagi ~syukur.

Tak dinafikan saya memang seorang yang amat mengambil berat tentang kesihatan. Sejak bujang lagi, saya akan pastikan saya buat health screening once a year (it's like a yearly routine for me). Kalau tak buat, rasa macam ada yang tak kena. Bagi saya, KESIHATAN adalah aset yang berada di 'rank' teratas yang perlu dijaga & dititikberatkan. Tanpa kesihatan yang baik, apa lah ertinya rupa paras cantik, pangkat tinggi, rumah besar, kereta mewah, duit simpanan banyak, handbag, baju & kasut berjenama (bagi sesetengah golongan di luar sana. Sekiranya anda ditakdirkan memiliki semua di atas, ia satu bonus)

"Diri kita adalah AMANAH dari Allah swt yang di'pinjam'kan sementara, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan diri agar dapat berbakti & melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah di muka bumi"

Setelah berumahtangga & bergelar ibu, sudah tentu saya amat concern tentang pemakanan & kesihatan diri serta keluarga (kalau dulu jaga untuk diri sendiri je, sekarang termasuk suami & anak-anak). Frankly speaking, semangat ingin-tahu saya ni...tinggi. Saya suka cari buku kat MPH. Kalau pegi sana 1/2 jam memang tak cukup. Saya baca best-selling book "Eat Right For Your Type" by Dr. Peter J. D'Adamo, mahupun buku-buku kesihatan lain, serta artikel-artikel di internet (boleh dikatakan Mr. Google & saya...'kawan karib' lah! hehehe). Tentunya saya tak nafikan peranan & kepakaran doktor serta pakar nutrisi amat penting. Kalau ada yang saya kurang pasti atau tidak faham, saya rujuk dan dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu (tak rugi bertanya).

Shaklee membuka lembaran baru dalam hidup saya, baik dari aspek kesihatan mahupun peluang menambah pendapatan. Saya diperkenalkan dengan Shaklee by my elder sister (yes, Kak Long), a teacher & mother of 5. Bermula dengan mengambil produk Shaklee untuk dirinya sendiri, diikuti dengan anak-anak beliau, then....adik lelaki kami serta our sister-in law yang masa tu baru melahirkan baby girl turut 'terjebak' sama J. Kini produk Shaklee dah menjadi sebahagian dari supplement tambahan keluarga kami, dan saya juga adalah pengedar sah Shaklee (my ID is 953431). Jangan segan untuk bertanya tentang produk mahupun mendapatkan konsultasi. InsyaAllah saya akan sedaya-upaya membantu anda dan menjawab segala pertanyaan. Kalau yang baru ingin mencuba produk kesihatan Shaklee, bolehlah mula membuat pesanan dengan saya J (jgn bimbang, saya tak makan orang..hehe)

Tak salah mencuba, asalkan jangan membuta tuli. Kaji dan fahami terlebih dahulu before taking any action, dengan izinNya kita beroleh keberkatan atas usaha kita. We used to hear - Usaha, Doa, Tawakal. Kalau tak mulakan dengan usaha, how can we expect doa kita dikabulkan dan serah bulat-bulat dengan bertawakal. Tak gitu? J

Till then, Stay Healthy...Stay Happy.
Wassalam.


SENORA HM2

Ahad, 21 Apr 2013



señora [sɛˈnjɔːrə (Spanish) seˈɲora] | n pl -ras [-rəz (Spanish) -ras]
- a married Spanish or Spanish-speaking woman: a title of address equivalent to Mrs when placed before a name or madam when used alone

Last update : 7 February 2015