Makan Secara Sihat! Kurangkan Gula

Apa itu GULA?

Gula adalah sejenis bahan yang memberi rasa manis pada makanan. Ia wujud secara semulajadi dalam makanan atau sebagai bahan yang ditambah semasa penyediaan makanan dan minuman.

Gula yang paling biasa ialah gula pasir atau yang dihasilkan daripada pemprosesan tebu. Gula ini seringkali digunakan untuk memaniskan pelbagai minuman ringan seperti kordial, sirap, minuman bergas dan jus buah-buahan. Gula juga ditambah sebagai pemanis ke dalam biskut, jem, kek, coklat, aiskrim dan beberapa bijirin sarapan.

Pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula tambahan secara berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan.


Jenis-Jenis Gula

1) GULA SEMULAJADI
Gula yang terdapat secara semulajadi di dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, susu dan hasil tenusu

2) GULA TERSEMBUNYI
Gula yang ditambah pada makanan semasa pemprosesan dan penyediaan makanan seperti dalam masakan, minuman, kuih-muih dan sebagainya.


Kesan Gula Terhadap Kesihatan

 Meningkatkan risiko berlebihan berat badan & obesiti. Seterusnya mendorong kepada masalah kesihatan seperti diabetes dan penyakit jantung

 Mengakibatkan pembentukan karies gigi.

 Mengakibatkan kekurangan nutrien kerana individu yang mengambil makanan atau minuman yang berlebihan gula sering mengabaikan makanan lain yang berkhasiat dalam diet mereka.


7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula

1. Minumlah air kosong, berbanding minuman manis seperti air berkarbonat, air sirap dan kordial.

2. Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, susu isian pekat manis dan krimer manis kepada 1 sudu teh SAHAJA untuk setiap cawan minuman.

3. Elak atau hadkan penggunaan gula dalam masakan. Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

4. Elakkan mengambil snek dan minuman yang bergula diantara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.

5. Gantikan pencuci mulut seperti kuih, kek dan bubur dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

6. Baca label dan elakkan produk makanan dan minuman di mana gula tersenarai dibahagian awal senarai ramuan.

7. Pilih produk makanan dan minuman yang dilabel "rendah gula" dan "bebas gula".


Apa yang anda tidak tahu?


KANDUNGAN GULA DALAM KUIH TEMPATAN



Jenis Berat (g) setiap satu Kandungan gula (g) setiap satu Bil. sudu teh gula (1 sudu teh = 5g)
Kuih koci 40 - 50 10 -13 2 1/4
Kuih Keria 55 - 65 10 -13 2 1/4
Seri muka 110 - 120 10 -13 2 1/4
Donat 45 -55 7 - 10 1 3/4
Kuih lapis 120 - 140 5 - 7 1 1/4
Lepas pisang 65 - 75 10 - 13 2 1/4
Puding jagung 70 - 80 7 - 10 1 3/4
Bingka ubi kayu 70 - 90 18 - 25 4 1/4
Sumber : Panduan Diet Malaysia, 2010


KANDUNGAN GULA DALAM MINUMAN BERBUNGKUS

Jenis Isipadu (ml) per kota/tin/botol Kandungan gula (g) per kotak/tin/botol Bil. sudu teh gula
(1 sudu teh = 5g)
Minuman Isotonik 240 16 3 1/4
Minuman Berkarbonat 240 25 5
Minuman Soya 300 28 5 1/2
Minuman The 240 28 5 1/2
Minuman Blackcurrant 300 35 7
Minuman Laici 300 33 6 1/2
Minuman Teh Bunga 300 21 4 1/4
Minuman Cincau 300 27 5 1/2
Minuman Tenaga 330 59 11 3/4
Sumber : Panel Maklumat Pemakanan Pada Label Minuman Berkaitan (Tinjauan Pasaran Januari 2010)




Diolah dari 9GAG


1 comments:

PokerStars Casino & Sportsbook App | JAMHOTEL
This page is a stub for 보령 출장마사지 PokerStars Casino and Sportsbook apps. You 경상남도 출장샵 can find here 논산 출장안마 all that you need to know 의왕 출장마사지 about the betting app 삼척 출장안마

11:19 am, March 04, 2022 comment-delete

Post a Comment