10 Kebaikan Brokoli

Bila sebut je sayur-sayuran hijau, ramai kanak-kanak kurang gemar memakannya. Mereka lebih gemar makanan yang manis-manis dan sedap. Bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun ada 'mengelat' atau 'liat' untuk makan sayur-sayuran.

Sedia maklum bahawa sayur-sayuran banyak khasiatnya. So hari ni, HM2 ingin kongsikan 10 kebaikan memakan brokoli. Lepas ni, tiada alasan lagi untuk 'liat' makan brokoli ya! ;) hehehee...


1) Mengelakkan kanser

- brokoli mengandungi anti-oksidan & anti-carcinogen yang dapat mengelakkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, serviks & prostat.

2) Mengekang tabiat lebih-makan

- kandungan protein dalam secawan brokoli bersamaan dengan kandungan protein yang dibekalkan oleh secawan nasi atau jagung, namun dengan kalori yang 1/2 kali lebih rendah!

3) Meningkatkan sistem imun kesihatan

- secawan brokoli kaya dengan beta-carotene, zinc & selenium yang menguatkan sistem imun tubuh.

4) Mengurangkan risiko kecacatan janin dalam kandungan

- secawan brokoli mengandungi 94mcg asid folik, iaitu salah satu vitamin B yang sangan penting untuk tumbesaran janin semasa dalam kandungan.

5) Mengurangkan risiko penyakit kencing manis

- memandangkan brokoli kaya dengan fiber dan rendah kandungan gula, penggunaan insulin dapat dikekalkan pada tahap yang minimum.

6) Mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung

- Carotenoid lutein, B7 & folat yang terkandung dalam brokoli dapat mengurangkan risio atherosclerosis, sakit jantung & strok.

7) Menggalakkan kesihatan tulang

- brokoli mengandugi lebih banyak kalsium berbanding kebanyakan produk tenusu, serta mengandungi vitamin K yang menggalakkan tulang yang sihat sekaligus dapat menhindarkan osteoporosi di usia emas.

8) Melancarkan perjalanan & tekanan darah

- kandungan potassium, magnesium & kalsium dalam brokoli dapat membantu melancarkan perjalanan darah.

9) Mengelakkan/Melegakan selsema

- vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan & anti-keradangan membantu melegakan simptom selsema.

10) Menggalakkan hormon kelelakian

- brokoli dapat mengurangkan paras hormon estrogen wanita, pada masa yang sama meningkatkan hormon testosteron.


Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form

0 comments:

Post a Comment