Tanda-tanda Anda Hamil

Menimang cahaya mata adalah impian semua pasangan suami isteri. Bergantung kepada rezeki masing-masing, ada yang mendapat zuriat di tahun-tahun awal perkahwinan, ada juga yang perlu menanti bertahun-tahun lamanya. Pokok pangkal, jangan mudah berputus asa & sentiasa berdoa agar rumahtangga diceriakan lagi dengan kehadiran si kecil permata hati.

So, jom semak beberapa tanda awal KEHAMILAN...siapa tahu tanpa anda sedari, anda telah pun hamil! ;)

TANDA 1 - MENGIDAM


Normal kita dengar perihal MENGIDAM..Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Namun, janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu)

TANDA 2 - WARNA AREOLA LEBIH GELAP


Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

TANDA 3 - PENDARAHAN / KEKEJANGAN AKIBAT IMPLANTASI


Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

TANDA 4 - KERAP MEMBUANG AIR KECIL


Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

TANDA 5 - KELETIHAN


Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

TANDA 6 - PAYUDARA MELEMBUT & MEMBENGKAK


Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

TANDA 7 - DERIA RASA BERUBAH


Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

TANDA 8 - MORNING SICKNESS


Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam walaupun ia dipanggil MORNING SICKNESS.

TANDA 9 - TIDAK DATANG HAID


Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan.
Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

TANDA 10 - POSITIF UJIAN KEHAMILAN


Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini. Tahniah!!
Sumber : http://www.babycenter.com.my/

2 comments:

Assalamualikum puan maaf menggangu. Saya faa ingin bertanyakan sedikit soalan tentang kitaran haid saya. Kali terakhir saya period pada awal bulan lepas bulan 3. Sepatutnya awal bulan 4 iaitu dalam 4hb saya sepatutnya sudah didatangi haid tetapi tidak. Saya mengadakan hubungan bersama tetapi tidak sampai mengeluarkan air mani dan selang 7hari saya masih lagi belum didatangi haid. Adakah dalam tempoh 7hari itu saya boleh berkemungkinan hamil? Maaf bertanya dah saya harap puan dapat memberikan maklum balas secepat mungkin. Terima kasih

5:58 am, April 12, 2015 comment-delete

This comment has been removed by the author.

1:52 am, March 08, 2017 comment-delete

Post a Comment