Bengkung Bersalin

Tak dinafikan tempoh berpantang adalah satu tempoh masa yang menguji kesabaran wanita yang bergelar ibu. Amalan berpantang masih lagi diamalkan oleh sebahagian besar wanita Melayu bagi memelihara kesihatan, mendapatkan semula body shape yang asal, kembali cergas dan menambat hati suami (tak gitu? ecewahhh)

Since saya sekarang ni tengah mengandungkan anak ke-2, kali ni saya tgh dlm mood utk survey bengkung bersalin. Niat dihati nak pelbagaikan pemakaian bengkung dan kali ni berazam nak betul2 strict berbengkung (InsyaAllah) - almaklumlah 2nd time bersalin, body shape of course lah dah lari. Erkk! So, nak maintain shape & kesihatan, mesti kena rajin berbengkung. (Ingat tuu Awien, kena RAJIN hokey!)

So jommmm kita study info tentang bengkung!

Jenis-jenis Bengkung

Mommies boleh pilih samada nak bengkung tradisional ataupun bengkung moden. Berikut adalah jenis-jenis bengkung yang terdapat dipasaran.

Bengkung Lilit / Lilit Jawa

Kain lebar (sepanjang 15m) dililit kemas pada badan

lilit

lilit jawa

Kelebihan : Amat kejab, lebih kemas, cepat mengembalikan bentuk badan, boleh adjust ketinggian pemakaian bengkung (dari paras bawah dada hingga ke bawah punggung)
Kekurangan : Agak sukar untuk dipakai dan dibuka (especially time nak pergi toilet)

Bengkung Zig-Zag / Beroda

Kain yang lebar dan diikat tali secara berselang-seli (seakan bentuk zig-zag) bermula dari bawah naik ke atas.
zig-zag

Kelebihan : Mudah untuk dipakai (boleh pakai sendiri), sederhana kejab, kemas, cepat mengembalikan bentuk badan (jika dipakai dengan kejab/ketat & konsisten)
Kekurangan : Sederhana mudah untuk dibuka (perlu longgarkan rantaian zig-zag tali)

Bengkung Bertali / Barut

Bengkung jenis ni ada banyak tali (almost the same mcm barut bayi). Saya dah ada satu (my mom belikan masa preggy my 1st child). We bought at TwinsBaby Puchong, RM30 je.
Boleh dipakai sambil berdiri atau berbaring (tapi untuk lebih mudah jika anda pakai sendiri, dibuat sambil berbaring). Masa berpantang anak pertama, saya banyak pakai bengkung jenis ni. Masa awal-awal berpantang je mak tolong pakaikan. Lepas tu bila dah pro, pakai sendiri..hehe

bertali

Kelebihan : Kejab, sangat mudah untuk dipakai, sangat mudah untuk dibuka (hanya perlu buka/longgarkan ikatan tali dibahagian bawah sekiranya ingin pergi ke toilet), membantu mengembalikan bentuk badan (jika dipakai dengan betul, kejab & konsisten)
Kekurangan : Kurang kemas (kerana terdapat banyak tali, kena bijak selitkan lebihan tali ditepi ikatan bengkung untuk elak bersimpul), perlu diketatkan ikatan setelah melakukan pelbagai aktiviti seharian (ni boleh terjadi jika ikatan tidak betul2 ketat & kejab)

Bengkung Moden

Terdapat bermacam-macam jenis bengkung moden.
- cangkuk (hook)
- zip
- zap-on (velcro)
- korset
- tiub (tube)
cangkuk / hook

zap-on / velcro

zap-on / velcro

korset

tiub / tube

Sesetengah wanita prefer cangkuk (cth : Autumnz Post-Partum Binder Extra Long), ada juga yang prefer korset (cth : Premium Beautiful, Triumph, etc), ada juga yang nak lebih mudah dan cepat...opt for zap-on atau tube tummy binder. Pokok pangkal terpulang pada keselesaan anda.

Kelebihan : Kemas, tersangat mudah & cepat untuk dipakai dan dibuka, selesa (bergantung kepada jenis material & kualiti pembuatan), pilihan yang lebih sesuai untuk yang bersalin secara ceaser.
Kekurangan : Tidak boleh adjust ketinggian bengkung, coverage bengkung yang terhad (kebanyakannya hanya cover bahagian perut, tidak sampai ke bahagian bawah dada mahupun bawah punggung), perlu bijak memilih mengikut kesesuaian badan & ketinggian.

Cara Pemakaian & Penjagaan Bengkung

1) Lapik bengkung dengan kain lain supaya tidak kotor, kemudian alaskan dengan daun-daunan seperti daun pandan atau lengkuas.
2) Sapu dibahagian perut, belakang badan serta peha dengan ramuan rempah & herba ATAU boleh juga sapu minyak / krim / losyen khas untuk berbengkung yang banyak dijual dipasaran (lebih mudah & tidak comot)
3) Pakai bengkung secara berdiri ataupun baring (tapi mengikut my mom seelok2nya sambil berdiri, Kalau sambil berbaring, kaki kena naikkan ke atas/dibengkokkan agar ikatan bengkung lebih kejap)
4) Lilit atau ikat bengkung dengan kemas & kejab. Sekiranya ada lebihan tali selepas diikat, selitkan agar tidak bersimpul.
5) Seelok-eloknya bengkung dibasuh dengan tangan. Boleh juga basuh guna mesin basuh, tapi masukkan ke dalam mesh bag. Sidai & keringkan bengkung di bawah cahaya matahari sehingga betul-betul kering. Tidak digalakkan menggunakan bengkung yang masih lembap.

Faedah Berbengkung

Amalan berpantang selepas melahirkan anak, memang banyak memberikan faedah kepada para ibu. Berbengkung adalah antara amalan yang sangat bagus jika anda konsisten memakai/mengamalkannya.

Berikut adalah faedah pemakaian bengkung :

1) Mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal
2) Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal
3) Mengetatkan perut dan otot2 yang longgar semasa kehamilan
4) Memecahkan lemak dan selulit
5) Mencegah dari makan berlebihan


Untuk bengkung bersalin anak ke-2 ni saya plan nak menggunakan dua jenis bengkung - bengkung tradisional (yang bertali memang dah ada, at the same time nak try juga yang lilit) dan bengkung moden (yang jenis cangkuk).

So far saya tengah aim

Autumnz Post Partum Abdominal Binder (Extra Long)


- reasonable price & extra long (cover dari bahagian bawah dada hingga bawah punggung). can't wait to try! hehe
- sekarang tgh ada promo price at LittleWhiz, One Baby World (OBW) & Oh Baby

Tapi perlu diingat ye, NAK LANGSING BUKAN MUDAH

Ia perlukan kesabaran, kerajinan & konsistensi. Kalau bengkung je best tapi tak rajin dan asyik culas pakai...tak guna juga kan? (peringatan untuk diri sendiri jugak huhuhuuuuu)

Oh by the way, berbengkung....berbengkung juga....supplement Shaklee semasa berpantang jangan lupa ya! ;) Luar cantik & ramping, dalam pun harus sihat - barulah seimbang. InsyaAllah.


Untuk mommies yang bakal bersalin - selamat berpantang!
Untuk yang tengah berpantang - selamat 'merdeka'! hehehee

Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form



3 comments:

Salam. Mana nak Beli bengkung lilit. Tkasih

lia
10:53 pm, December 26, 2015 comment-delete

Salam. Mana nak beli bengkung lilit?.tkasih

lia
10:54 pm, December 26, 2015 comment-delete

Salam. Mana nak beli bengkung lilit?.tkasih

lia
10:54 pm, December 26, 2015 comment-delete

Post a Comment