20 makanan atau minuman yang perlu dielakkan semasa mengandung atau hamil




Oleh kerana kini anda adalah bakal ibu (termasuk saya ~ alhamdulillah...), adalah penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Namun dalam pada anda mengambil makanan berkhasiat, anda juga perlu tahu beberapa jenis makanan atau minuman yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan.

Jom! kita lihat makanan dan minuman yang perlu dielakkan.

1) Keju lembut

Keju lembut yg diperbuat dari susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria yang merbahaya kepada ibu & bayi yang dikandung. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut. Seelok2nya, elak jenis keju seperti brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco dan panela (melainkan dilabel produk keju tersebut ditulis "Telah Dipasteur")

2) Daging mentah atau separuh masak 

Daging mentah atau separuh masak mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain. Bila makan diluar, pastikan menu daging anda betul-betul panas & telah dimasak sempurna. Begitu juga di rumah, pastikan masakan anda dimasak pada suhu 145° F utk daging, 160° F  untuk hamburger, dan 165° F  untuk ayam.

3) Berhati-hati dengan jus buah-buahan

Jus buah-buahan memang sedap diminum & terkenal kerana berkhasiat. Tapi harus waspada dengan jus buah-buahan yang diperah (terutama digerai-gerai makan atau restoran) kerana minuman tersebut tidak  dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dan e. coli. Anda tidak pasti kebersihan peralatan yang digunakan untuk membuat jus tersebut bukan? Seelok-eloknya buat sendiri di rumah.

4)  Sushi

Maaf kepada peminat sushi, anda perlu 'berpantang' dari sushi selama 9bulan! (Sayonara sushi...sob sobb) .Walaupun makanan laut adalah sumber yang bagus untuk protein, namun ia juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya. FDA (Food and Drug Administration US) menggalakkan wanita hamil makan ikan dan makanan laut yang telah dimasak sempurna.

5) Adunan tepung mentah

Sometimes kita sering curi-curi cubit & makan adunan tepung bila membuat biskut atau kuih di dapur. Tanpa kita sedar....ia mengundang bahaya. Sekiranya adunan tersebut mengandungi telur mentah, walaupun sedikit adunan yang kita rasa/makan ia boleh membahayakan atau berisiko kepada ibu & bayi kerana telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk!

6) Salad dressing

Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah (homemade). Pilih sos atau dressing yang dibeli di kedai (yang diperbuat dari telur yang telah dipasteur).

7) Tiramisu

Kebanyakan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah.  Kalau boleh, elakkan pencuci mulut yang diperbuat dari telur mentah yang tidak dipasteur. Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastuer".

8) Ikan bermerkuri tinggi

Ikan memang sumber protein yang tinggi. Namun ia boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. FDA mencadangkan saiz hidangan sajian ikan terhad kepada 12auns seminggu. Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb dan S.Jinap - Mercury Exposure Through Fish and Seafood Consumption in the Rural and Urban Coastal Communities of Peninsular Malaysia (http://www.idosi.org/wjfms/wjfms3(3)11/8.pdf) berikut adalah ikan yang perlu dihindari atau diambil dalam kuantiti yang sedikit :

(a) IKAN DGN KADAR MERKURI YANG SEDERHANA (mengandungi merkuri 0,09-0,29 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil 6x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan cod dari alaska, ikan halibut dari atlantik dan pasifik, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang dan trout laut (weakfish).

(b) IKAN DGN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0,3-0,49 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan kerapu, makarel dari sepanyol, tuna kuning, sea bass dan bluefish.

9) Daging yang diproses (deli meats)

Berlainan dengan kuman dan bakteria lain, listeria boleh membiak pada suhu sejuk (di dalam peti sejuk). Oleh sebab itu, ibu hamil harus elak memakan daging yang diproses (deli meats) seperti ham, ayam turki, salami, bologna atau hotdog. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria. Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian. Namun anda boleh memakannya dengan masak secara sempurna (betul-betul panas) dan terus memakannya sejurus selepas dimasak. Tapi seelok-eloknya elakkan lah ye!

10) Kekacang

Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada), mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti yang sederhana.

11) Buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dibasuh

Ketika hamil adalah saat dimana anda harus banyakkan memakan buah-buahan & juga sayur-sayuran. Tapi PASTIKAN anda telah membasuhnya dengan sempurna! Parasit toxoplasma boleh hidup atau membiak pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh dan boleh mengakibatkan penyakit Toxoplasmosis yang sangat merbahaya kepada bayi yang dikandung.

12) Taugeh mentah

Elakkan makan taugeh mentah kerana bakteria boleh membiak di dalam benih taugeh sebelum ia tumbuh & membesar lagi! Bakteria ini hampir mustahil untuk di'buang'. Di kedai makan, pastikan sandwich yang anda pesan tidak mengandungi taugeh mentah. Di rumah pula, pastikan anda memasak taugeh dengan sempurna untuk mematikan bakteria!

13) Makanan laut atau ikan salai (ready-to-eat smoked seafood)

Elakkan makanan laut sejuk-beku salai kerana ia terdedah kepada bakteria listeria. Namun ia boleh dianggap selamat untuk dimakan sekiranya dicampur ke dalam hidangan yang dimasak seperti kaserol.

14) Kerang-kerangan mentah

Kerang-kerangan mentah adalah salah satu penyebab utama keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan laut kerana mengandungi parasit dan bakteria. Jadi elakkan tiram yang dimakan mentah. Namun, makanan laut (seperti tiram, kerang, kepah, kupang) yang dimasak sempurna adalah selamat dimakan semasa hamil. PERINGATAN : Jika cengkerang makanan laut tidak terbuka walaupun selepas dimasak, jangan teragak-agak....sila buang!

15) Ikan dari perairan tempatan

Elakkan memakan ikan yang ditangkap/dipancing sendiri, melainkan anda memang arif & tahu kawasan perairan (kolam, tasik, anak sungai) tersebut tidak tercemar. Sesetengah tasik atau sungai telah tercemar dengan bahan kimia sisa industri. So elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. Nak makan juga...boleh, tapi berhati-hati ya! :)

16) Juadah 'potluck'

Mungkin anda tak sampai hati untuk menolak pelawaan juadah potluck yang dibawa atau disediakan oleh rakan-rakan anda, namun perlu diingat makanan yang terbiar terlalu lama (tidak disejukkan atau disimpan dalam peti sejuk) boleh membahayakan. Patuhi  '2-HOUR RULE' : Jangan makan juadah potluck yang terbiar pada suhu bilik melebihi 2 jam.  Tempoh akan lebih singkat menjadi 1 jam sekiranya suhu persekitaran melebihi 90° F.

17) Susu yang tidak dipasteur

Susu segar yang diperah dari lembu atau kambing belum melalui proses pempasteuran yang melindungi dari bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu & bayi yang dikandung.

18) Minuman dan makanan yang berkafein

Sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat semasa hamil. Sekiranya anda perlu mengambil minuman berkafein, hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12auns cawan kopi). Tapi harus diingat, kafein turut terkandung dalam minuman bergas, teh, dan coklat. Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.

19) Alkohol, Minuman bergas & Makanan ringan

Alhamdulillah sebagai umat Islam, alkohol adalah diHARAMkan sama-sekali. Terbukti secara klinikal alkohol boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan masalah emosi terhadap bayi yang dikandung. Minuman bergas atau berkarbonat mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin, boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang, berisiko mendapat kencing manis, serta menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi yang dikandung. Minuman bergas juga mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Oh, jangan lupa hadkan juga makanan ringan sebab ia tiada nutrien dan mengandungi MSG!

20) Bungkusan makanan polisterin

Elakkan membungkus makanan dari kedai makan/restoran, kerana suhu di dalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan ini membuatkan bakteria mudah membiak (melainkan anda ingin terus pulang ke rumah). Namun sekiranya anda perlu membungkus makanan yang tidak habis dimakan (untuk mengelakkan pembaziran), pastikan makanan tersebut disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 2 jam dari ia dihidangkan. ELAKKAN menyimpan makanan yang dibungkus berada terlalu lama di dalam kereta.
(Kompilasi gambar & info dari pelbagai sumber : WebMD | Babycenter | Kosmo)

Selain info di atas, JOM tambahkan pengetahuan dengan mempelbagaikan lagi bacaan ilmiah tentang kesihatan. Berikut adalah salah-satu buku yang bagus untuk bakal ibu mahupun ibu-ibu di luar sana : "The 100 Healthiest Foods To Eat During Pregnancy" :)

Sekiranya anda perlukan konsultasi percuma berkenaan suplemen Shaklee khas untuk ibu mengandung, jangan segan untuk hubungi saya ya! :)


Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form



We'd love to hear from you. Post your feedback via Facebook

20 comments:

perkongsian yang menarik, tq..

masih ragu-ragu... Waktu sesuai buat ujian kehamilan

9:45 am, October 07, 2014 comment-delete

ibu hamil ni banyak kena jaga kan, bukan setakat pemakanan malah cara nak tidur ikut posisi betul juga sangat perlu dititikberatkan..

12:21 am, November 23, 2014 comment-delete

Tq Puan Fuzy :)

11:47 am, February 06, 2015 comment-delete

Tepat sekali Puan Wan Fatihanum, ibu hamil memang kena lebih peka dengan pemakanan dan juga penjagaan yang lain. Apapun, kita berpegang pada kesedarhanaan dalam semua perkara. Kalau teringin sangat makan, tak ape..cuba jangan berlebihan ye tak ;) Dan kalau boleh elak, kita cuba elak. InsyaAllah... :)

11:49 am, February 06, 2015 comment-delete

info yang bagus puan to apply

7:48 am, February 07, 2015 comment-delete

Wah.. Semua makanan yg kena pantang, nampak sedap je.. Hehe.

tips anak bijak

7:29 am, April 04, 2015 comment-delete

Posisi tidur yg mcm mn sesuai bg usia kandungan 5 mggu? (Early pregnancy)

10:27 pm, April 23, 2015 comment-delete

This comment has been removed by the author.

10:28 pm, April 23, 2015 comment-delete

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan.

6:14 am, September 06, 2015 comment-delete

klu mkn wktu preggy 37 weeks xpe ke? sy dh mkn td..aduhai

11:12 pm, September 21, 2015 comment-delete

Makanan yang Harus Dielakan Ketika Haid. (Datang Bulan)
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/06/makanan-yang-harus-dielakan-ketika-haid.html

8:46 am, September 30, 2015 comment-delete

makanan yang lengkap dan bergizi guna pertumbuhan janin yang sehat
madu penyubur kandungan al mabruroh , Obat Asam Urat

6:14 pm, December 02, 2015 comment-delete

Nice sharing..thank you!

8:57 pm, January 16, 2016 comment-delete

baru masuk 6 minggu. apa pun tq untuk info2 yang sgt bermanfaat.

8:47 pm, January 18, 2016 comment-delete

Saya rasa semua benda tk boleh makan, kesian isteri saya dan anak dlm perut, kejam juga tips awak ni, bnyak bercanggah dengan yg sy baca.

4:59 am, April 25, 2016 comment-delete

artikel yang sangat menarik..

1:02 pm, September 05, 2016 comment-delete

terima kasih atas info

11:36 pm, May 17, 2017 comment-delete

alamak da termakan sushi mcm mana ni .hurmm

7:47 pm, August 24, 2017 comment-delete

boleh mkn sushi tapi elakan yg ada daging mentah

3:55 pm, November 10, 2017 comment-delete

Taw xpe.. Pi ceramah pon doctor suh mkn kekacng, keju, syuran.. Pelik2 je

10:20 pm, December 06, 2017 comment-delete

Post a Comment