Showing posts with label TIPS untuk ibu hamil. Show all posts
Showing posts with label TIPS untuk ibu hamil. Show all posts
Menimang cahaya mata adalah impian semua pasangan suami isteri. Bergantung kepada rezeki masing-masing, ada yang mendapat zuriat di tahun-tahun awal perkahwinan, ada juga yang perlu menanti bertahun-tahun lamanya. Pokok pangkal, jangan mudah berputus asa & sentiasa berdoa agar rumahtangga diceriakan lagi dengan kehadiran si kecil permata hati.

So, jom semak beberapa tanda awal KEHAMILAN...siapa tahu tanpa anda sedari, anda telah pun hamil! ;)

TANDA 1 - MENGIDAM


Normal kita dengar perihal MENGIDAM..Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Namun, janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu)

TANDA 2 - WARNA AREOLA LEBIH GELAP


Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.

TANDA 3 - PENDARAHAN / KEKEJANGAN AKIBAT IMPLANTASI


Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.

TANDA 4 - KERAP MEMBUANG AIR KECIL


Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

TANDA 5 - KELETIHAN


Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

TANDA 6 - PAYUDARA MELEMBUT & MEMBENGKAK


Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.

TANDA 7 - DERIA RASA BERUBAH


Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

TANDA 8 - MORNING SICKNESS


Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam walaupun ia dipanggil MORNING SICKNESS.

TANDA 9 - TIDAK DATANG HAID


Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan.
Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.

TANDA 10 - POSITIF UJIAN KEHAMILAN


Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini. Tahniah!!
Sumber : http://www.babycenter.com.my/

Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung :


1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.

2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama”, “ anak ibu” dan sebagainya.

3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca Al-Quran dan sebagainya. Banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “Anak mama bangun, jom kita baca Al-Quran”.

4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi.

5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya.

6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.

Moga info berguna ini diamalkan berjuta ibu-ibu Muslimah yg sedang mengandung di luar sana :)
Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form

Wanita hamil cenderung atau berkemungkinan menghadapi masalah anemia iaitu kekurangan sel darah merah. Apabila darah kekurangan sel darah merah untuk membawa bekalan oksigen ke tisu seluruh tubuh, ia boleh membahayakan ibu & bayi yang dikandung.

Semasa hamil, tubuh menghasilkan lebih banyak darah untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Jika berlaku kekurangan bekalan zat besi atau sesetengah nutrien, penghasilan darah tambahan dalam tubuh wanita hamil akan terjejas.

Anemia sebenarnya biasa berlaku ketika hamil, tapi perlu dipantau agar tidak berlarutan atau kronik sehingga menjejaskan kesihatan kedua-dua ibu & bayi.

JENIS-JENIS ANEMIA SEMASA HAMIL

1) Anemia akibat kekurangan zat besi
- berlaku apabila tubuh tidak mempunyi zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan jumlah hemoglobin (iaitu protein dalam sel darah merah) yang cukup
- hemoglobin inilah yang membekalkan oksigen dari paru-paru ke seluruh tubuh.
- anemia jenis ini kerap berlaku dikalangan ibu hamil.

2) Anemia akibat kekurangan asid folik
- tubuh memerlukan asid folik untuk menghasilkan sel tisu baru, termasuklah penghasilan sel darah merah.
- jumlah asid folik yang lebih diperlukan semasa hamil. tapi kebiasaannya bekalan asid folik yang diperolehi dari diet seharian tidak mencukupi (sebab tu lah ibu hamil perlu ambil suplemen & vitamin tambahan utk tampung keperluan tersebut).
- kekurangan asid folik boleh mengakibatkan pertumbuhan terbantut pada janin.

3) Anemia akibat kekurangan vitamin B12
- vitamin B12 juga diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah.
- kekurangan vitamin B12 dalam diet harian, mengakibatkan tubuh tak dapat menghasilkan sel darah merah yang cukup!
- wanita yang tidak makan daging, produk tenusu dan telur lebih berisiko untuk menghadapi masalah kekurangan vitam B12, yang juga boleh membahayakan janin.



GOLONGAN BERISIKO MENGHIDAPI ANEMIA

Mengikut kajian, berikut adalah golongan yang berisiko menghidapi anemia :
- Wanita hamil kembar atau lebih
- Jarak kehamilan yang terlalu rapat
- Muntah yang terlalu kerap disebabkan morning sickness
- Wanita yang hamil pada usia terlalu muda
- Tidak makan makanan yang kaya sumber zat besi
- Menghadapi masalah haid yang terlalu banyak (sebelum mengandung)

SIMPTOM ANEMIA SEMASA HAMIL

Antara simptom2 yang kebiasaannya dikenalpasti adalah :
- Warna kulit, bibir dan kuku yang pucat
- Cepat letih dan sering berasa lemah
- Sering pening kepala
- Nafas yang pendek (rasa mengah/tercungap2)
- Degupan jantung yang pantas (sering berasa berdebar-debar)
- Menghadapi masalah untuk fokus
- Keinginan makanan yang melampau (luar biasa - dikenali sebagai 'pica')
- Kebas kaki atau tangan

Harus diingat, pada peringkat awal simptom2 anemia mungkin tidak jelas kelihatan. Sebab itu digalakkan ibu-ibu hamil untuk kerap buat ujian darah (especially setiap kali prenatal appointment)

Berdasarkan standard bacaan yang ditetapkan WHO (World Health Organization), paras bacaan hemoglobin yang normal adalah 11gm% dan ke atas. Hematrocit (% RCBs relative to plasma volume) kurang dari 33% juga dikategorikan sebagai anemia.

Kriteria anemia secara spesifik mengikut peringkat kehamilan :
TrimesterHemoglobin (g/dL)Hematocrit (%)
First< 11< 33
Second< 10.5< 32
Third< 11< 33



Mengikut sumber yang diperolehi dari Harian Metro :
Bacaan darah,
11g/dl dan ke atas : normal
9 hingga 11g/dl : anemia ringan
7 hingga 8.9g/dl : anemia sederhana
kurang daripada 7.0g/dl :  anemia tahap teruk
(sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Bahayakekuranganzatbesi/Article/)

RISIKO ANEMIA KEPADA KEHAMILAN

Kekurangan zat besi yang kronik dan tidak dirawat semasa kehamilan boleh meningkatkan risiko kepada ibu & bayi.

Risiko kepada IBU,
- mungkin mengalami keguguran
- bersalin awal (kelahiran pra-matang)
- melahirkan anak yang tidak cukup berat badan
- kematian janin dalam kandungan
- pengeluaran susu badan berkurangan
- tumpah darah selepas bersalin
- koma atau meninggal dunia (utk kes yang kronik)

Risiko kepada BAYI,
- kurang berat lahir (kurang dari 2.5kg)
- lahir tidak cukup bulan
- lemas semasa lahir
- pertumbuhan terbantut

CARA ELAKKAN ANEMIA

Ibu-ibu hamil perlu makan lebih makanan yang membekalkan zat besi, vitamin C & asid folik. Cuba praktikkan ketiga-tiga tips berikut...insyaAllah...

TIPS 1 : Sasarkan 3x sehari hidangan yang kaya dgn zat besi seperti,
- daging merah
- ikan
- sayur-sayuran berdaun hijau (bayam merah, brokoli, kailan, kangkung, sawi)
- bijirin dan buah-buahan kering yang kaya dgn zat besi (jagung, prun, kismis, kekacang)
- telur
- tauhu, kacang buncis, kacang merah, kacang hijau

TIPS 2 : Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C, kerana ia membantu meningkatkan penyerapan zat besi,
- buah / jus oren
- strawberi
- kiwi
- tomato
- lada benggala

TIPS 3 : Pilih makanan yang juga kaya asid folik seperti,
- sayur-sayuran berdaun hijau
- buah-buahan sitrus dan jus
- roti dan bijirin
- kekacang/buah-buahan kering

"HARUS DI INGAT! Wanita hamil memerlukan 50% lebih banyak zat besi!"


Berita baik!

Produk Shaklee iaitu Vitalea Iron Formula adalah multivitamin yang dirumus bersama zat besi. Sesuai untuk semua yang inginkan kesihatan yang optimum, malah sesuai untuk mereka (terutama ibu-ibu hamil) yang mengalami masalah kekurangan zat besi atau darah.

Jangan lupa ambil bersama Sustained Release Vita-C. Vitamin C tambahan disyorkan kerana ia berupaya meningkatkan serapan zat besi yang diperlukan oleh tubuh anda! 

Elakkan pengambilan teh dan kopi, kerana ia mengurangkan serapan zat besi jika diambil 1 atau 2jam sebelum mengambil zat besi tambahan.


So, jangan segan2 hubungi saya untuk mendapatkan Shaklee Vitalea Iron Formula & Sustained Release Vita-C anda hari ni ye! ;)

 

Sumber : http://www.webmd.com & http://www.medindia.net/patients/patientinfo/anemia-in-pregnancy.htm

Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form



We'd love to hear from you. Post your feedback via Facebook




Oleh kerana kini anda adalah bakal ibu (termasuk saya ~ alhamdulillah...), adalah penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Namun dalam pada anda mengambil makanan berkhasiat, anda juga perlu tahu beberapa jenis makanan atau minuman yang perlu dielakkan sepanjang kehamilan.

Jom! kita lihat makanan dan minuman yang perlu dielakkan.

1) Keju lembut

Keju lembut yg diperbuat dari susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria yang merbahaya kepada ibu & bayi yang dikandung. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut. Seelok2nya, elak jenis keju seperti brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco dan panela (melainkan dilabel produk keju tersebut ditulis "Telah Dipasteur")

2) Daging mentah atau separuh masak 

Daging mentah atau separuh masak mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain. Bila makan diluar, pastikan menu daging anda betul-betul panas & telah dimasak sempurna. Begitu juga di rumah, pastikan masakan anda dimasak pada suhu 145° F utk daging, 160° F  untuk hamburger, dan 165° F  untuk ayam.

3) Berhati-hati dengan jus buah-buahan

Jus buah-buahan memang sedap diminum & terkenal kerana berkhasiat. Tapi harus waspada dengan jus buah-buahan yang diperah (terutama digerai-gerai makan atau restoran) kerana minuman tersebut tidak  dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dan e. coli. Anda tidak pasti kebersihan peralatan yang digunakan untuk membuat jus tersebut bukan? Seelok-eloknya buat sendiri di rumah.

4)  Sushi

Maaf kepada peminat sushi, anda perlu 'berpantang' dari sushi selama 9bulan! (Sayonara sushi...sob sobb) .Walaupun makanan laut adalah sumber yang bagus untuk protein, namun ia juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya. FDA (Food and Drug Administration US) menggalakkan wanita hamil makan ikan dan makanan laut yang telah dimasak sempurna.

5) Adunan tepung mentah

Sometimes kita sering curi-curi cubit & makan adunan tepung bila membuat biskut atau kuih di dapur. Tanpa kita sedar....ia mengundang bahaya. Sekiranya adunan tersebut mengandungi telur mentah, walaupun sedikit adunan yang kita rasa/makan ia boleh membahayakan atau berisiko kepada ibu & bayi kerana telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk!

6) Salad dressing

Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah (homemade). Pilih sos atau dressing yang dibeli di kedai (yang diperbuat dari telur yang telah dipasteur).

7) Tiramisu

Kebanyakan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah.  Kalau boleh, elakkan pencuci mulut yang diperbuat dari telur mentah yang tidak dipasteur. Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastuer".

8) Ikan bermerkuri tinggi

Ikan memang sumber protein yang tinggi. Namun ia boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. FDA mencadangkan saiz hidangan sajian ikan terhad kepada 12auns seminggu. Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb dan S.Jinap - Mercury Exposure Through Fish and Seafood Consumption in the Rural and Urban Coastal Communities of Peninsular Malaysia (http://www.idosi.org/wjfms/wjfms3(3)11/8.pdf) berikut adalah ikan yang perlu dihindari atau diambil dalam kuantiti yang sedikit :

(a) IKAN DGN KADAR MERKURI YANG SEDERHANA (mengandungi merkuri 0,09-0,29 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil 6x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan cod dari alaska, ikan halibut dari atlantik dan pasifik, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang dan trout laut (weakfish).

(b) IKAN DGN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0,3-0,49 ppm)
Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan kerapu, makarel dari sepanyol, tuna kuning, sea bass dan bluefish.

9) Daging yang diproses (deli meats)

Berlainan dengan kuman dan bakteria lain, listeria boleh membiak pada suhu sejuk (di dalam peti sejuk). Oleh sebab itu, ibu hamil harus elak memakan daging yang diproses (deli meats) seperti ham, ayam turki, salami, bologna atau hotdog. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria. Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian. Namun anda boleh memakannya dengan masak secara sempurna (betul-betul panas) dan terus memakannya sejurus selepas dimasak. Tapi seelok-eloknya elakkan lah ye!

10) Kekacang

Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada), mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti yang sederhana.

11) Buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dibasuh

Ketika hamil adalah saat dimana anda harus banyakkan memakan buah-buahan & juga sayur-sayuran. Tapi PASTIKAN anda telah membasuhnya dengan sempurna! Parasit toxoplasma boleh hidup atau membiak pada buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dibasuh dan boleh mengakibatkan penyakit Toxoplasmosis yang sangat merbahaya kepada bayi yang dikandung.

12) Taugeh mentah

Elakkan makan taugeh mentah kerana bakteria boleh membiak di dalam benih taugeh sebelum ia tumbuh & membesar lagi! Bakteria ini hampir mustahil untuk di'buang'. Di kedai makan, pastikan sandwich yang anda pesan tidak mengandungi taugeh mentah. Di rumah pula, pastikan anda memasak taugeh dengan sempurna untuk mematikan bakteria!

13) Makanan laut atau ikan salai (ready-to-eat smoked seafood)

Elakkan makanan laut sejuk-beku salai kerana ia terdedah kepada bakteria listeria. Namun ia boleh dianggap selamat untuk dimakan sekiranya dicampur ke dalam hidangan yang dimasak seperti kaserol.

14) Kerang-kerangan mentah

Kerang-kerangan mentah adalah salah satu penyebab utama keracunan makanan yang disebabkan oleh makanan laut kerana mengandungi parasit dan bakteria. Jadi elakkan tiram yang dimakan mentah. Namun, makanan laut (seperti tiram, kerang, kepah, kupang) yang dimasak sempurna adalah selamat dimakan semasa hamil. PERINGATAN : Jika cengkerang makanan laut tidak terbuka walaupun selepas dimasak, jangan teragak-agak....sila buang!

15) Ikan dari perairan tempatan

Elakkan memakan ikan yang ditangkap/dipancing sendiri, melainkan anda memang arif & tahu kawasan perairan (kolam, tasik, anak sungai) tersebut tidak tercemar. Sesetengah tasik atau sungai telah tercemar dengan bahan kimia sisa industri. So elakkan ikan yang ditangkap dari tasik atau sungai tercemar dengan polychlorinated biphenyls yang tinggi. Nak makan juga...boleh, tapi berhati-hati ya! :)

16) Juadah 'potluck'

Mungkin anda tak sampai hati untuk menolak pelawaan juadah potluck yang dibawa atau disediakan oleh rakan-rakan anda, namun perlu diingat makanan yang terbiar terlalu lama (tidak disejukkan atau disimpan dalam peti sejuk) boleh membahayakan. Patuhi  '2-HOUR RULE' : Jangan makan juadah potluck yang terbiar pada suhu bilik melebihi 2 jam.  Tempoh akan lebih singkat menjadi 1 jam sekiranya suhu persekitaran melebihi 90° F.

17) Susu yang tidak dipasteur

Susu segar yang diperah dari lembu atau kambing belum melalui proses pempasteuran yang melindungi dari bakteria listeria. Ia boleh memudaratkan ibu & bayi yang dikandung.

18) Minuman dan makanan yang berkafein

Sesetengah kajian mengatakan jumlah kafein yang sederhana selamat semasa hamil. Sekiranya anda perlu mengambil minuman berkafein, hadkan kepada 200mg sehari (bersamaan 12auns cawan kopi). Tapi harus diingat, kafein turut terkandung dalam minuman bergas, teh, dan coklat. Kafein dikatakan boleh menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi, kelahiran pramatang dan menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.

19) Alkohol, Minuman bergas & Makanan ringan

Alhamdulillah sebagai umat Islam, alkohol adalah diHARAMkan sama-sekali. Terbukti secara klinikal alkohol boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan masalah emosi terhadap bayi yang dikandung. Minuman bergas atau berkarbonat mengandungi gula yang tinggi iaitu sehingga 7 - 9 sudu dalam satu tin, boleh menyebabkan kadar gula dalam darah wanita hamil tidak seimbang, berisiko mendapat kencing manis, serta menyumbang kepada ketidakstabilan paras gula tubuh bayi yang dikandung. Minuman bergas juga mengandungi pewarna makanan tiruan, perasa tambahan dan sebagainya. Oh, jangan lupa hadkan juga makanan ringan sebab ia tiada nutrien dan mengandungi MSG!

20) Bungkusan makanan polisterin

Elakkan membungkus makanan dari kedai makan/restoran, kerana suhu di dalam kereta boleh meningkat dengan cepat dan ini membuatkan bakteria mudah membiak (melainkan anda ingin terus pulang ke rumah). Namun sekiranya anda perlu membungkus makanan yang tidak habis dimakan (untuk mengelakkan pembaziran), pastikan makanan tersebut disimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh 2 jam dari ia dihidangkan. ELAKKAN menyimpan makanan yang dibungkus berada terlalu lama di dalam kereta.
(Kompilasi gambar & info dari pelbagai sumber : WebMD | Babycenter | Kosmo)

Selain info di atas, JOM tambahkan pengetahuan dengan mempelbagaikan lagi bacaan ilmiah tentang kesihatan. Berikut adalah salah-satu buku yang bagus untuk bakal ibu mahupun ibu-ibu di luar sana : "The 100 Healthiest Foods To Eat During Pregnancy" :)

Sekiranya anda perlukan konsultasi percuma berkenaan suplemen Shaklee khas untuk ibu mengandung, jangan segan untuk hubungi saya ya! :)


Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form



We'd love to hear from you. Post your feedback via Facebook