Breast Pump Pilihan Para Ibu

Mommies zaman sekarang sangat beruntung.

Kenapa? 

Sebab tak payah pening2 cari breast pump sebab terdapat pelbagai pilihan pam susu / breast pump di pasaran Malaysia sekarang. Dari harga yang berpuluh ringgit, beratus hinggalah yang beribu-riban. Tepuk dada tanya selera & of course tepuk dompet...eh! tengok dompet hehee.

So, jom tengok breast pump yang terdapat di pasaran!

Berikut antara jenama breast pump yang dapat disenaraikan berdasarkan online shopping survey saya (kalau ada yang tertinggal, boleh suggest & share info ye),

Jenama :

✿ Medela
✿ Philips Avent
✿ Spectra
✿ Lacte
✿ Rumble Tuff
✿ Autumnz
✿ Eve Love
✿ Malish
✿ Unimom
✿ Treeluv
✿ Snow Bear
✿ Pigeon
✿ Tommy Tippee
✿ Japlo
✿ Pureen
✿ Farlin
✿ Gaksimil - Korea brand
✿ Dr. Brown
✿ Bfree Plus
✿ Lavente
✿ Ameda

Breast pump terbahagi kepada 2 jenis/kategori :


1) Elektrik












2) Manual













Bagaimana mencari breast pump yang sesuai?

Tentu ramai mom-to-be malah ibu-ibu yang dah anak 2,3 atau lebih berada dalam dilemma untuk memilih breast pump yang sesuai &  best kan? Berikut tips dalam membuat pilihan :

1) BUDGET

Set budget anda. Tidak semestinya yang mahal itu yang terbaik dan yang murah itu tidak setanding breast pump yang berjenama. Breast pump mahal atau berjenama bukan jaminan anda akan perolehi susu yang banyak, pokok pangkal KESERASIAN anda dengan breast pump tersebut (serta rezeki susu yang Allah swt beri). Lain individu lain 'ceritanya' & 'bahagiannya'.

2) TYPE

Kenalpasti jenis breast pump pilihan hati anda. Bagaimana nak kenalpasti? Anda boleh tanya ahli keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, ataupun rakan sekerja yang ada pengalaman menggunakan breast pump. Malah anda boleh juga buat research di internet tentang produk/jenama breast pump tersebut ataupun baca pengalaman yang dikongsikan oleh bloggers (trust me - it helps!)

3) FUNCTIONS

Senaraikan fungsi-fungsi yang diinginkan. Cth. nak jenis elektrik atau manual, single atau double pump, with built-in battery atau boleh menggunakan powerbank, yang saiz kecil, sederhana atau besar, yang heavy-duty atau light-use, dan lain-lain.

4) PRICE

Kenalpasti harga breast pump di pasaran. Jangan lupa lakukan survey harga promosi untuk dapatkan tawaran yang menarik & berbaloi. Atleast dapat berjimat

5) NEW or PRE-LOVED?

Buat pilihan samada inginkan brand new best pump or pre-loved. Either one pun okay, cuma tepuk dada tanya selera

6) REVIEWS

Ambil kira juga reviews pengguna lain. Sometimes ia boleh membantu. Apapun, at the end of the day, pilihan terletak di tangan kita.



Cara penjagaan breast pump agar lebih tahan lama :

Untuk memastikan breast pump tahan lama, penjagaan yang baik perlu dititikberat. Ye lah, harga breast pump bukannya seringgit dua, beratus malah beribu-riban. Sebagai isteri & ibu yang bijak, kita harus peka dengan cara penggunaan dan penjagaan breast pump.

Berikut tips yang mungkin boleh dijadikan panduan :

✔ INSTRUCTION MANUAL

Baca Instruction Manual yang dibekalkan oleh pengeluar breast pump. Ikut arahan yang dicadangkan terutama cara membersihkan peralatan pam.

✔ KEEP IT A PART

Semasa membersihkan pam, pastikan anda tanggalkan setiap bahagian yang terkena susu dan bersihkan.

✔ KEEP IT DRY

Sekiranya menggunakan pam elektrik, mesin pam, tiub dan bahagian yang kebiasaannya tidak terkena susu haruslah sentiasa dibiarkan kering, jika tidak pam mungkin tidak berfungsi dengan baik atau lebih parah tidak berfungsi langsung (rosak!)

✔ CLEANSING

Selepas setiap penggunaan, bilas bahagian breast pump yang terkena payudara ataupun susu di dalam air biasa (bilasan dengan air biasa dapat menyingkirkan sisa susu tanpa menukarnya kepada milk fat/protein yang sukar ditanggalkan). Kemudian bersihkan dengan air suam dan bersabun. Keringkan!

✔ STERILIZING

Sesetengah pengeluar membenarkan bahagian breast pump disteril menggunakan air panas. Namun, sekiranya anda lebih gemar steril bahagian pam menggunakan microwave bag, pastikan anda menggunakan bag khas yang compatible dengan penggunaan microwave. Ikut arahan dengan teliti.

✔ STORING

Elak meletakkan atau menyimpan breast pump ditempat yang terdedah dengan suhu yang melampau - terlalu panas (berdekatan sumber api / constant direct sunlight), atau terlalu sejuk (dalam peti ais).

✔ MAINTENANCE

Breast pump seperti juga kereta kita - memerlukan maintenance dan adakalanya mengalami sedikit masalah ataupun tidak perform dengan efisien. Lakukan pemeriksaan pada valve dan membrane untuk sebarang kerosakan atau koyakan atau misalignment. Ganti valve atau membrane tersebut. Jika suction pam semakin lemah, seeloknya anda periksa atau hantar ke pusat servis yang bertauliah.


Cara menggunakan breast pump :


1) Baca arahan dalam Intruction Manual - pada kali pertama anda menggunakan breast pump yang dibeli

2) Pastikan breast pump kit telah disteril untuk setiap kali penggunaan

3) Basuh tangan sebelum memasang breastpump kit, ikut arahan pemasangan dalam Intruction Manual

4) Anda harus dalam keadaan santai & relax sebelum mengepam susu

5) Gunakan saiz corong/cup yang sesuai mengikut saiz payudara anda


6) Digalakkan mengurut payudara untuk mendapatkan susu ejeksi refleks

7) Sebelum mula mengepam, pastikan nipple berada ditengah-tengah corong/cup. Semasa mengepam, nipple anda akan mengembang dan memanjang. Jika saiz cup terlalu kecil/ketat, ia akan mengakibatkan payudara sakit dan bekalan susu berkurangan

8) Disyorkan pam dengan teratur. Setiap beberapa jam

9) Mulakan mengepam dengan kadar sedutan terendah dan beransur-ansur tingkatkan kadar sedutan yang diperlukan untuk mengekalkan susu mengalir. Berhenti mengepam sekiranya susu telah berhenti mengalir, urut payudara beberapa minit dan sambung sesi mengepam untuk beberapa minit lagi selepas mengurut. Ini adalah untuk membantu pengaliran susu yang lebih baik dan juga meningkatkan penghasilan susu

10) Setelah selesai mengepam, tutup botol susu dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk

Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form



0 comments:

Post a Comment