Gejala Kejang Kaki Semasa Hamil Atasi Dengan Ostematrix

Assalamualaikum & Happy Thursday to all HM2 Blog readers!

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Semenjak kandungan dah masuk minggu ke-33 ni...badan agak letih & lesu sedikit, asyik tido je. Tambah pula mengganti 2hari puasa yang terpaksa berbuka semasa Ramadhan sebab demam + selsema + dehidrat. Apapun alhamdulillah syukur....berjaya juga menggantikan puasa sebelum kelahiran zuriat sulung kami ni :)

Hari ni saya nak share pengalaman saya sendiri mengalami kekejangan kaki (cramp feet) semasa hamil. Tapi sebelum tu, kena tau dulu...apa itu kekejangan kaki??

Mengapa kekejangan betis/kaki berlaku semasa hamil?

Ia berlaku disebabkan kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi mengambil nutrisi yang diperlukan daripada simpanan badan si ibu.

Uterus (rahim) yang semakin membesar beri tekanan ke atas salur darah besar pada kaki (terutama pada trimester ke-2 dan ke -3). Serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, pun boleh beri kesan kepada otot kaki. 

Aktiviti berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot kaki letih dan cenderung kena kekejangan.

Ok, back to my story...last 2 days semasa saya sedang asyik ber'shopping' di Farmasi Guardian, tiba-tiba kaki kanan saya KEJANG! In fact....masa tengah drive pun my right foot dah almost cramp...luckily masa tu dah dekat sampai car park Summit USJ.

Ya Allah...camne ni!? Cuak juga masa tu, sebab tengah sorang-sorang je....hubby kerja. Kebetulan ada bangku bulat kecil kat tepi display shelves (I guess it's a stool use by the Guardian staff to re-arrange the stock on the shelves). So, saya terus duduk sambil lunjur & tegakkan kaki...try urut2 betis & tapak kaki. Agak lama jugalah duduk kat situ, the Guardian staff tak perasan sebab staffs tak ramai sangat. Lagipun they don't mind & faham kot 'mak buyong' tak larat berjalan or berdiri lama2..hahahaha.

After a few minutes, bila rasa sakit tu dah lega...saya try tanya kat pharmacist kalau ada ubat sapu that is safe to use by pregnant lady untuk hilangkan rasa sakit kejang kaki. But the pharmacist, tak recommend any ubat sapuan or spray....instead she suggested me to use socks that can helps prevent cramp feet. Kat pasaran memang ada beberapa brand stokin mcm ni....anyhow she suggest this "Ebene Bio-Ray Foot Massage Socks". Safe for preggy mommies & can be used during confinement (hmmm betul gak!) Kebetulan tgh ada promo, buy 2 FREE 1...cuma warna je lah tak banyak pilihan (for ladies - beige color. for men - black). Tapi tak kisah lah kan color apa pun asalkan bagus untuk kesihatan. hehehee.

And the pharmacist lady tu sangatlah baik..she even advice me cara-cara penjagaan Ebene socks :

1. Jangan basuh stokin dalam mesin basuh (kalau nak stokin tu tahan lama..kena rajin sket ya! hehe).
2. Hand-wash stokin guna mild detergent.
3. Jangan gosok kuat sangat (sket-sket je sudah...tak payah menyental sampai berberus bagaiii).
4. Then bilas bersih. Tak payah perah kuat2.
5. Lastly, sidai kat ampaian jangan sangkut guna penyepit....tapi letak je mendatar (baringkan) atas ampaian...sehingga kering!

Ni contoh Ebene socks,
(For ladies - beige color)

 
(For men - black color)

Ok lah..tak nak citer pjg lebar on this Ebene sock. (To read my on personal review & more stories on Ebene socks...click HERE)

Malam nya tu, saya dok share story dengan husband berkenaan insiden kaki kejang kat farmasi. Dan malamnya tu jugak...before tidur saya telan 2biji Ostematrix Shaklee. Sebab kaki masa tu masih terasa sengal-sengal (sebab siangnya tu banyak berjalan & drive ke sana ke mari kot...tambah plak dengan insiden kaki kejang kat farmasi tuu..huhuhuu - Padan muka saya!). Vitamin Ostematrix ni memang sentiasa ada kat rumah...cuma kadang2 mak buyong ni asyik lah TERLUPA nak ambil.
Alhamdulillah dengan izin Allah, keesokan harinya & seterusnya...kaki dah tak sengal2 atau kejang. Sebenarnya, jika preggy mommies maintain pengambilan Ostematrix secara konsisten & minum banyak air...ia boleh membantu mengelakkan kejadian kaki kejang (cramp feet). Pil ni best sangat sebab senang nak telan & tak berbau kuat mcm sesetengah vitamin lain yang baunya macam ubat kat hospital. Tak percaya? hehehe... Tak percaya takpe...hanya mereka yang dah mengambilnya je tahu. Apapun, kita digalakkan berusaha...Allah yang Maha berkuasa menyembuhkan.

Apakah kebaikan OsteMatrix Shaklee untuk ibu mengandung?

1. Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
2. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
3. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium.
4. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kalsium juga penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung, serta menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
5. Tidak mengandungi lemak berbanding produk tenusu, especially bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk2 tenusu.
Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan :
- menjejaskan pertumbuhan bayi
- menyebabkan penyusutan jisim tulang dan kerosakan gigi pada ibu
- si ibu juga terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Anyway, berikut ada beberapa tips yang mungkin berguna pada ibu-ibu yang mengandung.

Bagaimana elak kekejangan kaki?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Pengambilan suplemen seperti kalsium atau garam magnesium mungkin dapat membantu mengelakkan kekejangan.

Boleh juga cuba beberapa tips berikut....

1. Lakukan senaman regangan betis,
- Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. 
- Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. 
- Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari (especially before masuk tidur)

2. Lakukan senaman tapak kaki,
- Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30x. Buat pada kedua-dua belah kaki. 
- Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak 8x dan ke bawah 8x.

3. Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

4. Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

5. Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

6. Minum banyak air (haaa yang ini SANGAT PENTING ya ibu-ibu sekalian)

7. Kurangkan pengambilan garam dalam diet harian. Makanan yang masin atau terlalu masin akan menyumbang kepada water rentention dalam badan dan seterusnya menyebabkan bengkak pada buku lali.

8. Amalkan pemakanan sihat, terutama makanan-makanan yang mengandungi - magnesium (spt kurma, buah zaitun, sayuran hijau, epal), kalsium (spt produk tenusu, sayuran berdaun hijau, kuaci, ikan salmon, kekacang), vitamin C (spt buah oren, anggur, tomato, kentang, dll).

9. Diet harian berasaskan sayur-sayuran, buah dan salad mungkin dapat membantu mengurangkan kekerapan kekejangan kaki berlaku.

10. Ambil suplemen tambahan seperti vitamin yang dapat memenuhi kekurangan nutrien dalam badan (tapi jangan main sembarang ambil...check dulu dengan doktor. The best way, ambil je Shaklee suplemen... Always Safe · Always Works · Always Green!)


Jommm hubungi saya untuk dapatkan vitamin Shaklee. Special price & pastinya berbaloi-baloi!! :)


Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form



We'd love to hear from you. Post your feedback via Facebook

0 comments:

Post a Comment