Makan Lebih Buah & Sayuran-Sayuran

Buah dan sayur merupakan sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan.  Pengambilan makanan seharian kita seharusnya dalam kadar yang sesuai seperti contoh di bawah.



Mengapa kita perlu makan buah & sayur?

Buah dan sayur perlu kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan, antaranya :
✓ Serat dapat mengurangkan masalah sembelit
✓ Vitamin dan mineral membantu mencegah penyakit
✓ Potasium menguatkan fungsi otot
✓ Antioksidan melambatkan proses penuaan
✓ Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat kerana ia rendah kalori & kaya dengan serat

PENTING : Kita perlu mengambil 2 sajian buah-buahan & 3 sajian sayur-sayuran setiap hari


Contoh sajian :
1 sajian sayur-sayuran
1/2 cawan sayuran berdaun hijau dengan batangnya
ATAU
1 cawan sayur mentah / ulam-ulaman

1 sajian buah-buahan
1/2 biji buah jambu batu bersaiz sederhana
ATAU
1 biji buah oren, epal, pir yang sederhana
ATAU
1 biji pisang yang sederhana
ATAU
1 potong betik dan nenas

TIPS : Meningkatkan pengambilan buah-buahan & sayur-sayuran

☑ Makan pelbagai jenis buah segar
☑ Jadikan buah-buahan sebagai gantian makanan ringan (snek)
☑ Utamakan buah-buahan segar berbanding buah-buahan dalam tin
☑ Minum jus buah-buahan segar tanpa ditambah gula
☑ Makan sayur-sayuran & buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna
☑ Pilih sup sayur, kurangkan mengambil sup berkrim
☑ Amalkan pengambilan ulam-ulaman

Cuci buah dan sayur dengan rapi sebelum dimasak atau dimakan


PANDUAN : Mengekalkan kandungan nutrien buah-buahan & sayur-sayuran

☑ Cuci buah dan sayur sebelum dimasak atau dimakan
☑ Elakkan merendam buah dan sayur selepas dipotong
☑ Elakkan memasak sayur-sayuran terlalu lama
☑ Masukkan sayur apabila air telah mendidih atau minyak telah cukup panas
☑ Gunakan lebihan air rebusan sayur untuk dijadikan stok sup anda
☑ Masak bahagian sayur yang keras terlebih dahulu
☑ Simpan sayur dan buah ditempat penyimpanan yang sesuai

Masak sayur secara stim ataupun rebus dapat mengekalkan khasiatnya

Khasiat vitamin & serat

Vitamin C
CONTOH : Betik, Jambu batu, Belimbing, Oren dan Nenas
KEBAIKAN : 
+ Membantu mencegah penyakit Skurvi
+ Membantu penyerapan zat besi
+ Meningkatkan sistem ketahanan tubuh terhadap penyakit

Vitamin A
CONTOH : Kangkung, Cekur manis, Lobak merah, Kailan, Bayam merah
KEBAIKAN :
+ Penting untuk kesihatan mata
+ Mencegah rabun malam dan kerosakan pada mata

Serat
CONTOH : Sayuur-sayuran, Ulam-ulaman, Buah-buahan, Kekacang, Bijirin, Bijirin sarapan pagi, Jagung, Pasta & sebagainya.
KEBAIKAN :
+ Menurunkan kandungan kolestrol dalam darah
+ Mengurangkan masalah sembelit
+ Membantu dalam mengawal berat badan

0 comments:

Post a Comment