Tahukah Anda?

Tahukah anda....


Selama 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan(penuras) air serta udara yang terkini.

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan percubaan-percubaan klinikal. Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja!

Produk Shaklee TIDAK mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa.

Pembungkusan produk Shaklee adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik.

Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana ia telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat Shaklee telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya.

Shaklee melalui penjualan rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen "A Million Trees. A Million Dreams" dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 & pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai

Pada tahun lepas sahaja Shaklee telah berjaya,
  § mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
  § menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
  § menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
     2008 : Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
     2007 : Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
     2003 : Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar  
                        Professional Kebangsaan
     2002 : Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
     2001 : Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
                        daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California

SHAKLEE ALWAYS SAFE, ALWAYS WORK, ALWAYS GREEN


*Sumber : http://www.shaklee.com/us/en/, http://www.shaklee.com.my/eng/main.asp



We'd love to hear from you. Post your feedback via Facebook

0 comments:

Post a Comment