Inginkan kulit cantik berseri?

Makanan yang berkhasiat bukan sahaja mejaga kesihatan tubuh badan, malah ia juga berguna bagi menjaga kecantikan fizikal terutamanya kulit, rambut dan kuku.

Sesetengah orang sangat menitikberatkan penampilan fizikalnya (terutama para isteri...mesti nak kelihatan cantik di mata suami kan kan). Oleh itu, bagi mereka yang mementingkan kecantikan kulit cubalah amalkan makanan berikut yang mana kesannya terus kepada kulit, menjadikan kulit licin & berseri. InsyaAllah...

Keledek

Masukkan keledek dalam menu diet anda untuk mendapatkan kulit lembut dan licin bak sutera. Keledek kaya dengan beta-carotene yang membekalkan vitamin A setelah dihadam. Tak minat makan keledek? Jangan risau, lobak merah pun boleh memberikan kesan yang sama.




Kiwi

Buah-buahan seperti kiwi, oren dan anggur membekalkan vitamin C yang akan menstimulasikan kolagen dan melindungi kulit dari cepat berkedut. Menurut kajian yang dilakukan oleh American Journal of Clinical Nutrion, kulit wajah wanita yang mengkonsum makanan yang tinggi vitamin C lebih lembap dan kurang kedutan.




Coklat

Tak percaya coklat boleh membuatkan kulit anda berseri?? Ya, coklat terutamanya dark choc membekalkan cocoa flavanols yang tinggi dan menyumbang kepada kulit yang lembap dan lembut. Namun, cukup sekadar dimakan dalam kuantiti yang sedikit je tau!




Yogurt

Menurut pakar nutrisi dan kecantikan, yogurt bagus untuk kulit & kuku yang cantik. Ia merupakan sumber protein dan terbukti dalam kajian bahawa yogurt membantu meningkatkan metaboslima dan merampingkan tubuh badan! Manakala biotin yang terdapat dalam yogurt membantu meningkatkan kekuatan kuku.




Kekacang

Bertukar dari snek ringan yang tidak membekalkan nutrien, kepada snek berkhasiat - kacang & kuaci! Kekacang mengandungi nutrien anti-keradangan dan penambahbaikan-imunisasi, termasuk vitamin E yang membantu mengurangkan ruam dan iritasi pada kulit.

Sumber



Lebih cunn kalau anda turut mengambil Shaklee Collagen Powder. Tampak lebih muda, Rasa lebih muda! Nanti HM2 story lebih lanjut tentang kelebihan Collagen Powder ni ya! ;)
Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form



We'd love to hear from you. Post your feedback via Facebook

0 comments:

Post a Comment