Khasiat Buah Epal

Buah epal memang terkenal dengan khasiatnya. Kita sering dengar pepatah
"An apple a day, Keeps the doctor away"

Berikut adalah khasiat buah epal untuk kesihatan anda! 


1) Mengandungi serat yang tinggi dan vitamin - seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Mengandungi agen antioksidan - yang mampu menentang radikal bebas serta boleh melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang kering.

3) Mengandungi fotokimia - yang bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung), malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) JANGAN biarkan epal TERDEDAH LAMA selepas dipotong - kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5) Mengandungi kandungan serat yang tinggi - penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar

6) Kalori yang rendah - manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga, namun begitu epal adalah snek yang rendah kalori tetapi berkhasiat. Sebab itu, mereka yang sedang berdiet dan memakan 3epal sehari, lebih mudah hilang berat badan berbanding mereka yang tidak.

7) Tidak mengandungi kolestrol dan lemak - sangat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet kerana epal sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut & juga membantu menguruskan badan!



Stay Healthy, Stay Happy!

SENORA HM2

Email : sid953431@gmail.com  |  Whatsapp/SMS/Call : 0133579867  |  Online Order Form

0 comments:

Post a Comment